Friday, February 11, 2011

Ikhlas kerana Allah





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara
yang ditujuinya itu.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Ulasan/huraian/penerangan boleh klik link di bawah :




Tip Hadis :

1. Sebelum melakukan sesuatu, tanya kepada diri, "Kenapa saya hendak melakukan perkara ini?"
2. Pastikan setiap apa  yang hendak kita lakukan itu dibenarkan oleh Allah
3. Ucapkan dalam hati,"Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah"
4. Sentiasa ingat kepada Allah dalam hati semasa kita melakukan sesuatu
5. Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah
6. Berusaha melakukan setiap arahan Allah
7. Sesuatu amalan walaupun hukum asalnya harus, tetapi apabila kita niatkan ikhlas semata-mata kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala
-PAKSI 40 Imam Nawawi Pts islamika-



Jadi renung-renungkanlah apakah sebenarnya niat kita semasa kita mengerjakan sesuatu....
Adakah kita meletakkan Allah di jiwa kita sentiasa???
Siapakah Allah pada kita???
Adakah kita melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar???
Apakah tanggungjawab kita kepada Allah???

Mari kita sama-sama muhasabah apa yang telah kita lakukan agar apa yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T... INSYAALLAH....

No comments:

Post a Comment