Thursday, February 3, 2011

Adakah akan kembalinya kebangkitan Mesir sebagai 'Orang Kuat' kepada dunia Islam?

Sepertimana yang kita ketahui, orang-orang Yahudi serta sekutu-sekutunya tidak akan senang dengan kebangkitan orang-orang Islam. Sebagaimana yang kita lihat revolusi yang berlaku di Negara-negara Islam Arab, seperti Tunisia, Mesir, Jordan, Algeria, dan Yaman demi menggulingkan pemerintah-pemerintah yang zalim. Di Tunisia, Rejim Ben Ali telah berjaya ditumbangkan oleh rakyatnya, manakala di Mesir, protes revolusi oleh rakyat masih lagi berlarutan bagi mendesak Hosni Mubarak berundur dari ‘takhta’ kerajaan dan didesak meninggalkan negara tersebut. Israel menjadi tidak senang dengan keadaan yang berlaku di Mesir, lalu mengirim beberapa pesawatnya ke Mesir bagi membantu 'anak buahnya' itu (Rejim Hosni Mubarak). Pesawat-pesawat tersebut dikatakan membawa senjata bagi membantu menguraikan protes revolusi tersebut.

Pasukan tentera Mesir sedang menyeberangi terusan Suez.
Pasukan tentera Mesir berjaya menawan kubu tentera Israel.
 Mesir dahulunya, merupakan musuh ketat kepada Israel dan sekutu-sekutunya ketika era perang Arab-Israel. Mesir juga menjadi 'orang kuat' kepada negara-negara Islam khususnya negara-negara Arab. Diikuti dengan sekutunya, Syria. Sejak selepas peristiwa Al-Nakba , Mesir melancarkan beberapa siri perang terhadap Israel, antaranya pada tahun 1948, Perang Suez (1956), Perang Enam Hari (1967), dan Perang Yom Kippur (1973).
Angkatan kereta kebal tentera Mesir.

Antara senjata-senjata yang dikirim Amerika Syarikat kepada sekutunya, Israel.

Antara aset tentera Israel yang berjaya dimusnahkan oleh tentera pakatan Mesir-Syria.
Perang Yom Kippur (6 - 26 Oktober 1973), atau lebih dikenali sebagai, Perang Oktober dan Perang Ramadhan, merupakan satu-satunya peperangan yang hampir dimenangi oleh negara-negara Arab, khususnya Mesir dan sekutu-sekutunya, iaitu Syria, Iraq dan Jordan. Pada beberapa siri peperangan sebelumnya, Mesir dan sekutu-sekutu Arabnya telah ditewaskan oleh Israel dan sekutu-sekutunya terdiri dari Perancis, dan Britain, dan beberapa kawasan Arab telah dirampas oleh tentera Israel dan sekutunya. Namun, Mesir dan sekutunya Syria berjaya menawan kembali sebahagian kawasan yang ditakluki oleh Israel dalam peperangan sebelumnya, apabila Pasukan tentera mereka Berjaya menyeberangi Terusan Suez dan semenanjung Sinai, lalu melumpuhkan pertahanan tentera Israel. Namun, sebahagian kawasan yang baru dimenanginya, kembali dirampas oleh tentera Israel atas bantuan Amerika Syarikat, salah satunya ialah semenanjung Sinai. Setelah beberapa lama perang berlanjutan, akibat campur tangan Amerika Syarikat dan Soviet Union, gencatan senjata diadakan antara Mesir dan sekutunya dengan Israel dan sekutunya.
Amwar Sadat, ketika bersama timbalannya, Hosni Mubarak.
Apa yang lebih menimbulkan kemarahan Umat Islam, khususnya Negara-negara Arab, apabila Anwar Sadat, Presiden Mesir ketika itu, menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1978 dalam perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Kem David, hanya kerana ingin mendapatkan semula Terusan Suez dan Semenanjung Sinai yang dirampas oleh tentera Israel ketika perang Yom Kippur. Permeteraian perjanjian ini dilihat jelas sebagai salah satu pengkhianatan kepada dunia Islam dan Arab. Hal ini menandakan Mesir dan Sadat mengiktiraf kewujudan Negara Israel. Liga Arab yang marah dengan tindakan Sadat tersebut tersebut bertindak mengeluarkan Mesir dari Liga Arab sehingga 1989. Apatah lagi, di kala Palestin berusaha untuk membebaskan kawasan-kawasan yang dijajah oleh Israel, tindakan Sadat itu dilihat mematahkan lagi kekuatan PLO (Palestinian Liberation Organization), dan suatu pengkhianatan kepada perjuangan rakyat Palestin. Pemimpin PLO, Yasser Arafat (Allahyarham) turut melahirkan kekecewaannya dengan menyatakan "Biarkan mereka menandatangani apa yang mereka suka. Kedamaian palsu tidak akan berlangsung." Di zaman Sadat jugalah, ramai penentang-penentangnya ditangkap dan diseksa ketika dalam penjara, antaranya termasuklah beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Namun, pada 1981, Anwar Sadat digulingkan oleh rakyat Mesir sendiri. Sadat Berjaya dibunuh ketika menghadiri perbarisan ketenteraan. `Takhta’ Sadat digantikan oleh timbalannya, Hosni Mubarak, yang juga kini diambang kejatuhan akibat revolusi rakyat Mesir yang sedang berlarutan hingga kini.
Setelah beberapa peristiwa yang saya amati ini, timbul pertanyaan kepada diri saya, adakah Mesir akan kembali menjadi `orang kuat’ kepada negara-negara Islam? Sebagaimana ketika era perang Arab-Israel. Namun, apa yang kita harapkan ialah kebangkitan umat Islam dalam menegakkan kembali pemerintahan Islam, lalu mengukuhkan umat Islam lainnya. Saya mengharapkan revolusi yang berlaku di beberapa negara Islam menjadi sebahagian langkah kebangkitan Umat Islam, dan saya juga mengharapkan kebangkitan umat Islam di Malaysia.




AYUHLAH BANGKIT MENUJU MEDAN JIHAD. ALLAHUAKBAR!!!

No comments:

Post a Comment