Friday, February 11, 2011

Ikhlas kerana Allah





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara
yang ditujuinya itu.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Ulasan/huraian/penerangan boleh klik link di bawah :




Tip Hadis :

1. Sebelum melakukan sesuatu, tanya kepada diri, "Kenapa saya hendak melakukan perkara ini?"
2. Pastikan setiap apa  yang hendak kita lakukan itu dibenarkan oleh Allah
3. Ucapkan dalam hati,"Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah"
4. Sentiasa ingat kepada Allah dalam hati semasa kita melakukan sesuatu
5. Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah
6. Berusaha melakukan setiap arahan Allah
7. Sesuatu amalan walaupun hukum asalnya harus, tetapi apabila kita niatkan ikhlas semata-mata kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala
-PAKSI 40 Imam Nawawi Pts islamika-



Jadi renung-renungkanlah apakah sebenarnya niat kita semasa kita mengerjakan sesuatu....
Adakah kita meletakkan Allah di jiwa kita sentiasa???
Siapakah Allah pada kita???
Adakah kita melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar???
Apakah tanggungjawab kita kepada Allah???

Mari kita sama-sama muhasabah apa yang telah kita lakukan agar apa yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T... INSYAALLAH....

Thursday, February 3, 2011

Adakah akan kembalinya kebangkitan Mesir sebagai 'Orang Kuat' kepada dunia Islam?

Sepertimana yang kita ketahui, orang-orang Yahudi serta sekutu-sekutunya tidak akan senang dengan kebangkitan orang-orang Islam. Sebagaimana yang kita lihat revolusi yang berlaku di Negara-negara Islam Arab, seperti Tunisia, Mesir, Jordan, Algeria, dan Yaman demi menggulingkan pemerintah-pemerintah yang zalim. Di Tunisia, Rejim Ben Ali telah berjaya ditumbangkan oleh rakyatnya, manakala di Mesir, protes revolusi oleh rakyat masih lagi berlarutan bagi mendesak Hosni Mubarak berundur dari ‘takhta’ kerajaan dan didesak meninggalkan negara tersebut. Israel menjadi tidak senang dengan keadaan yang berlaku di Mesir, lalu mengirim beberapa pesawatnya ke Mesir bagi membantu 'anak buahnya' itu (Rejim Hosni Mubarak). Pesawat-pesawat tersebut dikatakan membawa senjata bagi membantu menguraikan protes revolusi tersebut.

Pasukan tentera Mesir sedang menyeberangi terusan Suez.
Pasukan tentera Mesir berjaya menawan kubu tentera Israel.
 Mesir dahulunya, merupakan musuh ketat kepada Israel dan sekutu-sekutunya ketika era perang Arab-Israel. Mesir juga menjadi 'orang kuat' kepada negara-negara Islam khususnya negara-negara Arab. Diikuti dengan sekutunya, Syria. Sejak selepas peristiwa Al-Nakba , Mesir melancarkan beberapa siri perang terhadap Israel, antaranya pada tahun 1948, Perang Suez (1956), Perang Enam Hari (1967), dan Perang Yom Kippur (1973).
Angkatan kereta kebal tentera Mesir.

Antara senjata-senjata yang dikirim Amerika Syarikat kepada sekutunya, Israel.

Antara aset tentera Israel yang berjaya dimusnahkan oleh tentera pakatan Mesir-Syria.
Perang Yom Kippur (6 - 26 Oktober 1973), atau lebih dikenali sebagai, Perang Oktober dan Perang Ramadhan, merupakan satu-satunya peperangan yang hampir dimenangi oleh negara-negara Arab, khususnya Mesir dan sekutu-sekutunya, iaitu Syria, Iraq dan Jordan. Pada beberapa siri peperangan sebelumnya, Mesir dan sekutu-sekutu Arabnya telah ditewaskan oleh Israel dan sekutu-sekutunya terdiri dari Perancis, dan Britain, dan beberapa kawasan Arab telah dirampas oleh tentera Israel dan sekutunya. Namun, Mesir dan sekutunya Syria berjaya menawan kembali sebahagian kawasan yang ditakluki oleh Israel dalam peperangan sebelumnya, apabila Pasukan tentera mereka Berjaya menyeberangi Terusan Suez dan semenanjung Sinai, lalu melumpuhkan pertahanan tentera Israel. Namun, sebahagian kawasan yang baru dimenanginya, kembali dirampas oleh tentera Israel atas bantuan Amerika Syarikat, salah satunya ialah semenanjung Sinai. Setelah beberapa lama perang berlanjutan, akibat campur tangan Amerika Syarikat dan Soviet Union, gencatan senjata diadakan antara Mesir dan sekutunya dengan Israel dan sekutunya.
Amwar Sadat, ketika bersama timbalannya, Hosni Mubarak.
Apa yang lebih menimbulkan kemarahan Umat Islam, khususnya Negara-negara Arab, apabila Anwar Sadat, Presiden Mesir ketika itu, menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1978 dalam perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Kem David, hanya kerana ingin mendapatkan semula Terusan Suez dan Semenanjung Sinai yang dirampas oleh tentera Israel ketika perang Yom Kippur. Permeteraian perjanjian ini dilihat jelas sebagai salah satu pengkhianatan kepada dunia Islam dan Arab. Hal ini menandakan Mesir dan Sadat mengiktiraf kewujudan Negara Israel. Liga Arab yang marah dengan tindakan Sadat tersebut tersebut bertindak mengeluarkan Mesir dari Liga Arab sehingga 1989. Apatah lagi, di kala Palestin berusaha untuk membebaskan kawasan-kawasan yang dijajah oleh Israel, tindakan Sadat itu dilihat mematahkan lagi kekuatan PLO (Palestinian Liberation Organization), dan suatu pengkhianatan kepada perjuangan rakyat Palestin. Pemimpin PLO, Yasser Arafat (Allahyarham) turut melahirkan kekecewaannya dengan menyatakan "Biarkan mereka menandatangani apa yang mereka suka. Kedamaian palsu tidak akan berlangsung." Di zaman Sadat jugalah, ramai penentang-penentangnya ditangkap dan diseksa ketika dalam penjara, antaranya termasuklah beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Namun, pada 1981, Anwar Sadat digulingkan oleh rakyat Mesir sendiri. Sadat Berjaya dibunuh ketika menghadiri perbarisan ketenteraan. `Takhta’ Sadat digantikan oleh timbalannya, Hosni Mubarak, yang juga kini diambang kejatuhan akibat revolusi rakyat Mesir yang sedang berlarutan hingga kini.
Setelah beberapa peristiwa yang saya amati ini, timbul pertanyaan kepada diri saya, adakah Mesir akan kembali menjadi `orang kuat’ kepada negara-negara Islam? Sebagaimana ketika era perang Arab-Israel. Namun, apa yang kita harapkan ialah kebangkitan umat Islam dalam menegakkan kembali pemerintahan Islam, lalu mengukuhkan umat Islam lainnya. Saya mengharapkan revolusi yang berlaku di beberapa negara Islam menjadi sebahagian langkah kebangkitan Umat Islam, dan saya juga mengharapkan kebangkitan umat Islam di Malaysia.




AYUHLAH BANGKIT MENUJU MEDAN JIHAD. ALLAHUAKBAR!!!

Monday, January 31, 2011

Ayam cocok VS Ayam Organik......

yYa ari ni aku nak ceritekan ape beza ayam organik ngan ayam suntik dr penjagaan hingga pemprosesan...

AYAM PROSES:

Kebaikan:                                                   
  1. Murah                                        
  2. Mudah didapati                        
  3. Besar                 
AYAM ORGANIK:

Kebaikan:
  1. Penjagaan rapi
  2. Tidak disuntik
  3. Bagi ayam HPA ayam diperdengarkan ayat al-quran selama 3 kali khatam sebelum dsembelih.

OK sekarang kite lihat bagaimana ayam2 ni diproses....


UrutanAyam Az-Zain diprosesAmalan Memproses Ayam di Malaysia
1.

Hanya ayam yang sihat sahaja dipilih untuk disembelih
Tidak kira jenis dan keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan
2.
Tanpa Stunning
Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan letrik sebelum disembelih)
3.Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnyaUsus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses
4.
Ayam disiram dengan air untuk membersihkan najis dan darah yang melekat pada bulu
Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam
5.Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan buluAyam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam
6.
Suhu air dikawal pada 600C supaya air tidak menembusi dalam daging ayam
Amalan standard industri menetapkan suhu air 700C hingga 750C. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam
7.Ayam dimasukkan ke dalam air ais tanpa kimia dan klorinAyam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran.
8.
Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbanganTeknik “water induce” (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu
9.


Setelah diproses ayam dipotong dan dicuci dengan teliti sebelum pembungkusan dan disimpan dalam bilik sejuk dengan suhu 210 C supaya ayam bebas dari bakteria dan sentiasa segar dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Ayam dihantar kepada pusat jualan,pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam
10.Ayam diangkut ke pasaran dengan truck refregirated sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputusKebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria
Masing2 ad kelebihannye tp untuk kesihatan ak syorkan makan ayam organik...
walaupun ayam organik lebih mahal dan kecil b'banding ayam proses tetapi kite dpt meyakini yg ayam tu halal dan bersih... penjagaannye pon terjaga dr sebelom proses hingga ke proses penyembelihan...



JADI APAKAH PILIHAN ANDA????


                            Hip Hop Malaysia 21                       Utusan Malaysia

Sunday, January 30, 2011

HiKayaT HiduPkU...

Tersebutlah kisah pada 21 tahun yg lalu...
lahirnya seorang hamba ALLAH di muka bumi ini pada tanggal 17 September 1990 di Hospital Besar Butterworth,P.Pinang, Lantas ibu bapanya memberi namenye sebagai Jamaluddin bin HishamSudi...

  

CHOP CHOP!!!!
 sbnarnya ak bkan nk critekan flow idup ak tp cume nk citerkan camnela dpt name Jamaluddin nie...
Ini pon bkan mak ngan ayah ak yg bg tp tok guru ayah aku...
Time tu ayah ak still mengaji ngan Tok Tam(name tok guru tu) jdi bapak ak sruh tok bg name yg sesuai....
Mmg berkat name tu (Jamaluddin = keindahan agama)


So, nasihat ak bg ibu bapa diluar sane brilah name anak dgn name2 yg baik mcm name ak nie... hehehe...
lg 1 jgn la bg name anak tu b'jela2 sbb takut bdak tu xdpt nk bawak name tu, nant asyik menangis je mcm adik sedara ak... tp lpas tka ke name yg pendek brula diam skit...
Macam mane nk tau name tu baik ke tidak!! bukakla link dbawah nie:
http://kini2u.com/v1/2010/02/cara-memberi-nama-anak-mengikut-al-quran-dan-sunnah/


Last but not list name kanchelano tu name samran ak dan sudah diupgrade kan... hahaha..
name ibu kpd kanchelano=kancil... sebab tu kt atas tu ad tlis blog kancil... hehe...
Camne dpt name tu???
Itu tugas korang tuk mencarinye.... 

Saturday, January 29, 2011

TESTING 123....

ermmmmm..... 

kawan ak kate kne cri trade mark sndiri...

ermmmm...  ????????

xtau nk mule ngan pe...

any idea????

any comment???